ChentaQasehDia

Daisypath Anniversary tickers

Adli lOves susu Ibu

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 24, 2010

mencari pam dan CD yang affOrdable

mata adli masih lagi bertempek ngan tahi mata. bila la mata dia nak elOk. dah 2 hari macam tu. cian dia. dah a bOntOt dia cam pedih je sebab kulit dia menggelupas. ibu dia ni pulak macam layan tak layan je dia. sibuk je dOk ber'surfing' tenet.

dapat good news tadi. barang sume dah pindah ke rumah baru. lupa lak nak tanya my hubby rumah tu nOmbOr bape. syOknye balik nanti dah bleh dOk umah baru..lalalaaa..senangnya hati.

mama zara membuatkan aku sangat jeles bila dia cakap baju baby kat Manjaku murah2 and chanteq2. waa...nak balik beli puting NUK ngan pam. dah mintak aidil belikan tapi asyik2 'bie tak tau la nak beli benda2 macam ni'. dah terang dengan sejelas2nya pOn tanak jugak dia beli. macam la kita ni mintak dia belikan pad. last2 aku ambik keputusan beli pam kat online je. tak kisah la ada shipping cOst pOn. RM20 je untuk delivery bawah 10kg. Ok la tu.

puting NUK kOnpem balik nanti baru beli. kalO tak beli nanti tsadai lak bOtOl2 susu kat rumah tu. Oleh kerana tak dapat puting NUK ni aku dah mintak my sis beli bOtOl MAM dulu sbijik sebab puting dia agak sama ngan puting NUK, mimic mOm's teat, tapi saiz puting MAM besar, puting NUK lak saiz dia kecik and bleh fit bOtOl2 susu biasa cam Anakku, Fiffy and Moms Little One Storage Bottle. bukannya aku tak standby bOtOl susu untuk adli tapi puting yang de ni tak elOk. sian nengOk adli isap puting tu jadik kecut2 and susu banyak buih2 udara. nanti kena cOlic aku gak yang susah. sehari sebelum bersalin aku dah beli puting NUK tapi silap la beli yang lubang besar. maunye tercekik adli kalO pakai puting tu.

hari ni seharian surf tenet sevey pam ngan clOth diaper (CD). agak pening jugak nak pilih pam ni. kalO ikutkan kemahuan hati nak je grab Medela Freestyle tapi memandangkan rege dia sangat la baeekkk tak jadi la. pam manual bukan tak bkenan tapi nature keje yang tak membOlehkan aku dOk lama2 serta tangan pOn tak kuat akibat patah dulu membuatkan aku decide nak beli pam elektrik. paling murah pam elektrik yang aku jumpa jenama Snow Bear, RM159.90 single pump. setelah disevey2 dan ramai yang memberikan kOmen pOsitif terhadap Spectra 3, aku decide nak beli spectra 3 kerana brand ni la yang paling murah, senyap dan bOleh diupgrade jadi dOuble pumping. walOpOn ia agak berat tapi takpe la. ini je yang termampu untuk masa ni.

CD?
knape aku nak beli CD?
menjimatkan dan lebih envirOnmental friendly.

rajin/ sempat ke nak basuh CD ari2? (aku kan kurang rajin nak membasuh tambah lak kalO selalu kena balik keje lambat. penat wooo..)
insyaAllah akan aku kuatkan hati lagipun my hubby yang rajin basuh baju tu kan ada. hahahaa...

CD ni kalO ikutkan yang bkenan di hati nak je beli Lunatots tapi GFH lagi murah. Lunatots dalam RM50/pc skali ngan 1 insert tapi GFH RM39/pc dan setiap piece dibekalkan ngan 2 insert. mm..beli GFH jela lebih save jadi bOleh la beli washable liner, wet bag and laundry bag. tengOk la macam mana nanti. nak gi sevey sendiri dulu kat Lunatots baru nak beli. sekarang pOn dah de CD pakai liner dia kain lampin anakku tapi dah seminggu tak guna sebab bila adli kencing, kain lampin yang basah tu akan turut sama basahkan bengkung perut dia. jadi la badan dia basah ngan kencing sampai ke dada. CD yang de ni almaklum je la CD murah yang takleh adjust saiz. walOpOn yang dibeli tu khas dah untuk newbOrn, kalO adli pakai CD tu, ia akan sampai ke bahagian atas perut sebab dia kechik sangat. itu pasal la bengkung perut dia basah. takpela. nanti awak dah besar ibu pakaikan awak CD tu. sekarang pakai pampers jela dulu. ibu tak rajin nak tukar CD ngan bengkung perut awak tiap kali awak kencing.

~semOga aku berjaya susukan adli secara eksklusif untuk 6 bulan ni hingga dia umur 2 tahun~

1 comment:

  1. casino.fans.com | DrmCD
    Casino.fans.com, Las Vegas, Nevada, USA. 포천 출장마사지 Dr. 청주 출장마사지 Casino 광주 출장마사지 Las Vegas, United States 당진 출장안마 (Google map). Rating: 3.3 · ‎2,826 reviews 양주 출장마사지

    ReplyDelete