ChentaQasehDia

Daisypath Anniversary tickers

Adli lOves susu Ibu

Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, May 24, 2010

mencari pam dan CD yang affOrdable

mata adli masih lagi bertempek ngan tahi mata. bila la mata dia nak elOk. dah 2 hari macam tu. cian dia. dah a bOntOt dia cam pedih je sebab kulit dia menggelupas. ibu dia ni pulak macam layan tak layan je dia. sibuk je dOk ber'surfing' tenet.

dapat good news tadi. barang sume dah pindah ke rumah baru. lupa lak nak tanya my hubby rumah tu nOmbOr bape. syOknye balik nanti dah bleh dOk umah baru..lalalaaa..senangnya hati.

mama zara membuatkan aku sangat jeles bila dia cakap baju baby kat Manjaku murah2 and chanteq2. waa...nak balik beli puting NUK ngan pam. dah mintak aidil belikan tapi asyik2 'bie tak tau la nak beli benda2 macam ni'. dah terang dengan sejelas2nya pOn tanak jugak dia beli. macam la kita ni mintak dia belikan pad. last2 aku ambik keputusan beli pam kat online je. tak kisah la ada shipping cOst pOn. RM20 je untuk delivery bawah 10kg. Ok la tu.

puting NUK kOnpem balik nanti baru beli. kalO tak beli nanti tsadai lak bOtOl2 susu kat rumah tu. Oleh kerana tak dapat puting NUK ni aku dah mintak my sis beli bOtOl MAM dulu sbijik sebab puting dia agak sama ngan puting NUK, mimic mOm's teat, tapi saiz puting MAM besar, puting NUK lak saiz dia kecik and bleh fit bOtOl2 susu biasa cam Anakku, Fiffy and Moms Little One Storage Bottle. bukannya aku tak standby bOtOl susu untuk adli tapi puting yang de ni tak elOk. sian nengOk adli isap puting tu jadik kecut2 and susu banyak buih2 udara. nanti kena cOlic aku gak yang susah. sehari sebelum bersalin aku dah beli puting NUK tapi silap la beli yang lubang besar. maunye tercekik adli kalO pakai puting tu.

hari ni seharian surf tenet sevey pam ngan clOth diaper (CD). agak pening jugak nak pilih pam ni. kalO ikutkan kemahuan hati nak je grab Medela Freestyle tapi memandangkan rege dia sangat la baeekkk tak jadi la. pam manual bukan tak bkenan tapi nature keje yang tak membOlehkan aku dOk lama2 serta tangan pOn tak kuat akibat patah dulu membuatkan aku decide nak beli pam elektrik. paling murah pam elektrik yang aku jumpa jenama Snow Bear, RM159.90 single pump. setelah disevey2 dan ramai yang memberikan kOmen pOsitif terhadap Spectra 3, aku decide nak beli spectra 3 kerana brand ni la yang paling murah, senyap dan bOleh diupgrade jadi dOuble pumping. walOpOn ia agak berat tapi takpe la. ini je yang termampu untuk masa ni.

CD?
knape aku nak beli CD?
menjimatkan dan lebih envirOnmental friendly.

rajin/ sempat ke nak basuh CD ari2? (aku kan kurang rajin nak membasuh tambah lak kalO selalu kena balik keje lambat. penat wooo..)
insyaAllah akan aku kuatkan hati lagipun my hubby yang rajin basuh baju tu kan ada. hahahaa...

CD ni kalO ikutkan yang bkenan di hati nak je beli Lunatots tapi GFH lagi murah. Lunatots dalam RM50/pc skali ngan 1 insert tapi GFH RM39/pc dan setiap piece dibekalkan ngan 2 insert. mm..beli GFH jela lebih save jadi bOleh la beli washable liner, wet bag and laundry bag. tengOk la macam mana nanti. nak gi sevey sendiri dulu kat Lunatots baru nak beli. sekarang pOn dah de CD pakai liner dia kain lampin anakku tapi dah seminggu tak guna sebab bila adli kencing, kain lampin yang basah tu akan turut sama basahkan bengkung perut dia. jadi la badan dia basah ngan kencing sampai ke dada. CD yang de ni almaklum je la CD murah yang takleh adjust saiz. walOpOn yang dibeli tu khas dah untuk newbOrn, kalO adli pakai CD tu, ia akan sampai ke bahagian atas perut sebab dia kechik sangat. itu pasal la bengkung perut dia basah. takpela. nanti awak dah besar ibu pakaikan awak CD tu. sekarang pakai pampers jela dulu. ibu tak rajin nak tukar CD ngan bengkung perut awak tiap kali awak kencing.

~semOga aku berjaya susukan adli secara eksklusif untuk 6 bulan ni hingga dia umur 2 tahun~

Friday, May 21, 2010

dayangku pOsted in susuibu.com fOrum

Saya berasa sedikit terkilan apabila baru-baru ini saya mendengar ayat daripada seorang colleague, "Nasib baik tak beli pam yang mahal tu. Rugi je, tak berbaloi. Sebab susu sikit."

Manusia belajar dari kesilapan. Agaknya, Ibulala tau tak mengapa agaknya Ibulala rasakan susu sikit masa anak 1 dan 2?

Kalau melihat dari pengalaman sebegitu ramai ibu-ibu di luar sana, susu sikit antaranya (saya tak sebut semua) kerana:-

1) Susu tak keluar pada beberapa hari pertama, jadi direct feeding dihentikan dan digantikan dengan susu formula. Bayi dilahirkan sedia kenyang. Pada beberapa hari pertama kebiasaannya apa yang dihasilkan ialah colostrum. Manusia berebut-rebut nakkan kolostrum lembu kerana kebaikan yang begitu banyak. Kenapa perlu kita rugikan kolostrum yang kita sendiri hasilkan untuk diberikan pada bayi yang baru lahir? Kebaikan kolostrum manusia sudah pasti berkali-kali ganda lebih baik dari kolostrum lembu.

Direct feeding amat perlu untuk menghasilkan stimulasi untuk pengeluaran susu. Apabila kita beralih kepada susu formula, maka kita telah rugi satu sesi hisapan langsung daripada mulut bayi yang amat berguna untuk merangsang pengeluaran susu.

2) Bayi kerap menangis hendakkan susu. Ibu beranggapan susu yang dihasilkan tak cukup lalu ditambah dengan susu formula.
Breastfeed bayi anda mengikut demand. Biarlah dia menangis nak menyusu setiap 15 minit pun. Perlu diingat, semasa bayi masih di dalam perut, nak makan memang mudah, bila-bila masa saja nak, semuanya disalur direct melalui tali pusat. Tapi bila dah keluar ke dunia, apa lagi cara bayi tu nak menunjukkan rasa lapar. Merengek/nangis saja la caranya. Mungkin bayi tu small eater. Minum setiap 15 minit. Jadi ikut sajalah, tak perlu merasakan susu tak cukup kerana membandingkan bayi yang minum formula tidur kekenyangan sehingga berjam.

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, mengapa perlu membeli pam susu?

1) Masalah inverted nipples
Kalau ibu tu mengalami masalah inverted nipples, breastpump boleh membantu mengatasinya. Masalah inverted nipples bukan masalah remeh yang boleh dibiarkan, kerana ia antara penyebab yang boleh membuatkan seorang ibu itu mengalah untuk meneruskan penyusuan.

2) Bayi lahirkan tak cukup bulan
Bayi yang lahir tak cukup bulan biasanya mempunyai masalah weak suckling. Apa lagi jika si ibu mempunyai inverted nipples, memang menyukarkan keadaan. Bayi yang lahir tak cukup bulan juga biasanya perlu ditempatkan di dalam incubator. Ibu perlu menggunakan masa ini untuk mengepam susu bagi memastikan bayi tersebut memperoleh khasiat kolostrum dan seterusnya susu ibu, serta membantu merangsang pengeluaran susu.

3) Bayi mengidap jaundice
Bayi yang mengidap jaundice yang tinggi perlu melalui phototherapy treatment. Ibu perlu mengepam susu untuk dibekalkan kepada bayi tersebut.

4) Untuk membantu mengurangkan engorgement dan mengelakkan mastitis
Ramai ibu yang mengalami engorgement semasa pantang disebabkan semakin banyak susu yang dihasilkan. Jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan mastitis. Jadi memang penting untuk si ibu mengepam untuk mengelakkan perkara ini.

5) Untuk menyediakan stok beku untuk simpanan dan stok segar untuk dibekalkan kepada anak setelah ibu masuk bekerja.

6) Untuk mengajar anak menyusu botol sebelum ibu masuk bekerja.

7) Untuk menyediakan stok susu kepada anak apabila anak mengalami nursing strike disebabkan sakit, teething dan sebagainya.

8) Untuk maintain pengeluaran susu yang berterusan.
Bagi ibu bekerja, apabila anak tidak menyusu semasa ibu bekerja, penting untuk ibu menggantikan sesi penyusuan tersebut dengan mengepam, bukan sahaja untuk menyediakan stok susu kepada anak, tetapi juga untuk memastikan pengeluaran susu yang berterusan.
Jika si ibu tidak mengepam, badan akan menerima signal bahawa ia tidak perlu menghasilkan susu kerana si anak tidak memerlukan susu tersebut. Lama-kelamaan pengeluaran susu akan menyusut, dan ini akan membawa kepada masalah "susu sikit".

Ada banyak sangat sebabnya. Seperti kata ibu-ibu yang lain, ibu perlu tekad dan nekad untuk menyusukan anak. Usaha, keinginan dan keyakinan perlu ada. Minda yang positif amat penting. Kalau awal-awal dah mengalah, dan minda dah set yang susu akan sikit, maka itulah juga jadinya. Renung semula lagu "Kau Boleh."

Adli Day 18

hari ni adli dah18 hari. dia da makin pandai dah menangis. cian adli sakit mata hari ni. nak bukak mata pon susah sebab tahi mata banyak melekat.

zara dah masuk keje hari ni. tadi baru phOne zara. katanya feera menangis sakan kena tinggal ngan mama dia. meraung2 nk BF tapi tak dapat. semOga adli tak macam tu. skarang da kena ajar dia pakai botol da supaya dia tak meragam bila kena tinggal nanti. aku konpius ni. nak bli pam mane ntah. cadangnye nak beli spectra 3 sebab tu je pam elektrik yang paling murah. nak beli medela freestyle tak cukup bajet. RM1999.00 satu set. spectra 3 + extra shield + beg + storage bottles baru RM610. nak beli manual rasanya tak terlarat nak mengepam n nanti bila keje bila masa lak nak pam. kalo letrik cepat sket. jOm kita jenguk-jenguk susuibu.com carik infO...

Thursday, May 20, 2010

Adli D17 - dah tak kuning

hari ni pegi klinik lagi cek kuning Adli. Alhamdulillah dah bleh off SBC. bilirubin Adli dah turun 146 mm0l/l. aku dah agak dah 2 ari lepas bilirubin Adli 155 mmol bukan 185 mmol. takkan la dalam masa 2 hari bilirubin Adli turun 39 mmol. selalu turun max pun 17 mmol je untuk 2 hari. tak pasal-pasal Adli kena cucuk extra.

tadi Aidil kOl. katanya akan kemaskan umah baru ujung minggu ni ngan ijam. tak sabaunye nak pindah rumah baru..syukernye...

Sunday, May 9, 2010

Adli balik kampung

Adli dah 6 hari. semalam pukul 6.30 petang kitOrang btOlak dari Bangi ke KT. plannye nak kua dalam kOl 5 tapi memandangkan hujan mencurah-curah turun kena la tunggu sampai reda dulu. aku sangat2 la risau takOt sakit thentak tapi alhamdulillah takde sakit sangat bila kereta thentak mase atas jalan yang tak rata. kesian kat my hubby. dah la penat kerja kena lak drive jauh2. ntah bape kali die menguap and cuci muka. dalam 2 jam nak smpai KT dia merungut ngantuk sebab drive pelan. upenye die drive pelan sebab risau aku sakit. yela time cOrner tajam memang terasa la jugak tapi time len takde. bila dia dah tau camtu ape lagi dia drive 120km/j. sampai la kat umah dalam pukul 4.30 pagi.

pas subuh my hubby tido lena smpai ke petang. aku lak bangun dlm kOl 9. mak bagitau adli pagi tadi hampir lemas sebab tgOlek dari bantal jatuh atas tilam and dia takleh nak tOlak selimut dia daripada muka dia. memandangkan dia nangis sangat pelan and aku tidO mati sebab sangat penat jadinya aku tak dengar. cian adli. bukan salah ibu. tOk yang letak adli atas bantal. seb bek tOk dengar and angkat adli kan.