ChentaQasehDia

Daisypath Anniversary tickers

Adli lOves susu Ibu

Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, April 29, 2009

pOk su maT


tangan berbalut lagi

pagi semalam aku pergi ke Tanah Merah, Kelantan untuk ubatkan tangan aku yang tak berape nak elok lagi ni. sampai2 je lepas zOhOr, dah ramai dah kat rumah pOk su maT, bOmOh patah yang terkenal kat area ni. sesi mengubat dimulakan dengan mendiagnOsis penyakit. mula2 pOk su suruh aku duduk berlunjur depan dia dengan tangan kena letak atas paha. lepas tu, kedua2 ibu jari kaki aku ditekan n pOk su pOn kate kenape tangan awak tu nampak bengkOk macam susuh ayam je? die tanye jugak sebelum ni apa rawatan yang aku dah buat? katenye kenape la dOktOr ni bengap sangat. dah la simen tak betul pastu bile dah jadi macam ni disuruhnye pulak aku pOtOng tulang sebelah satu lagi..

then..aku diberi minum segelas air penawar sebelum dia betulkan kedudukan tulang tangan aku. kendian tangan aku dibalut ngan ubat akar2 kayu. rasanya panas tp selesa. diOrang ade gak bekalkan aku ngan seplastik air untuk diminum kalO2 bengkak, rasa panas, gatal dll. pantangye adalah tak bOleh terkena air n tak bOleh makan timun batang serta kacang panjang selama tempOh berubat. ari ahad depan kena pergi sana untuk buka balutan.

antara lain tips yang pOk su maT bagi Orang yang mengalami masalah sakit sendi ialah:
1. jangan guna minyak angin/minyak panas dsb untuk menggOsOk.
2. minum air mutlak cth. air sungai, air telaga, air hujan.
3. balut bahagian sendi yang sakit dengan kain yang dibasahi air mutlak. Insyaallah rasa sakit akan berkurangan.

ni sebenarnya kali kedua aku berubat cara kampung tapi kali pertama aku tengOk rumahnya ramai dengan pengunjung dan siap jadual rawatan lagi. lepas diubat Oleh pOk su maT, alhamdulillah kurang sikit rasa sakit kat tangan aku. selalu tu time aku takde buat ape2 mesti jari2 aku jadi lurus, keras je tapi ni rasa lembut, senang nak digerakkan. harap2 dengan izin Allah sembuh la tangan aku ni. aminnn...

Sunday, April 26, 2009

Friday, April 24, 2009

aku dan peel freSh


nyamannya......peel freSh pilihan saya.

saje je nak uplOad gambar ni. i like this picture. sesaje je aku snap picture time tunggu si jejaka idaman malaya datang jemput aku. tak malu betul rasanya. huhu... di tengah2 kesibukan chOw kit tu bOleh aje aku duduk minum2. dah tu nak buat camane. situ je ade kerusi. lame tak datang chOw kit. dah banyak dah berubah rupanya.

Thursday, April 23, 2009

intErviEw spa (pEgawai dietetik U41)

berdebar2. dup dap. dup dap. dup dap.

awal2 pagi lagi aku ngan nOrli dah ambik teksi dari cheras menuju ke jalan cenderasari. ingatkan kitOrang yang terawal sampai upenye kat sane dah penuh Orang dah. mula2 skali kena daftar n ambik nOmbOr giliran.

aduiii...mane la aku nyer Official transcript ni??? uwaaa...aku tak ingat mane aku letak. kat serdang ke? kat umah aidil ke? kat umah aku ke? nak carik pOn takde mase dah ni. sib baik aku de salinan keputusan setiap sem. harap-harap takde la diOrang cOnsider benda ni untuk tentukan lulus atau gagal dalam interview. aku dapat nO 10. lambatnye. mesti petang gak baru sampai turn aku.

sian budak cina 2 Orang tu. diOrang budak final year. dah dapat panggilan dari spa kOnfem a diOrang datang. penat2 datang dari jauh, tunggu lame lak tu pastu bile masuk bilik interview kena marah je ngan panel spa. sampai menangis2. buat spOil mOOd aku je. risau aku kOt Orang spa tu bad mOOd time interview aku nanti. dah a turn aku betul2 pas budak2 ni.

alhamdulillah la encik tu tak marah2 time aku masuk. muka die Ok je. senang ati aku. sOklan die pOn takde yang menguji minda sangat. agaknye sebab aku memenuhi kriteria yang die nak kOt. result Ok + aktif kOkO + ada masuk sukan. tapi ngan tuan haji ridzOni....aku kantOi a. dah lame tak revise sampai sOklan arf ngan crf pOn lembab nak jawab. pasal hemOfilia bleh lagi tapi list makanan tinggi ferum lak kureng...huhuuu....tak puas ati a ngan jawapan aku. penyedap ati cume pujian yang encik spa tu bagi je.
1. yOur english is quite impressive.
2. yOur spm result is gOOd.
bOleh la tu...


Otw balik ke rumah nOrli (aku tumpang umah die ;p)


ni la nOrli, my fwen

smOga aku lulus la interview ni. ya Allah ya Tuhanku, luluskanlah aku ya Allah.

Monday, April 20, 2009

tenpin bOwling



















Saturday, April 18, 2009

MEdSI and MUnSyI



pagi tadi aku sit MEdSI (Malaysian EducatOr SelectiOn InventOry Test) exam kat SekOlah Menengah Teknik Wakaf Tembesu. ada 300 questiOns kena jawab dalam masa 1 jam. jenuh jugak la nak menjawabnya. tapi Alhamdulillah la aku sempat jawab sume sOklan tak macam mase MTesT ritu. sOklannye stakat tanya pasal persOnaliti je. bahagian A kena jawab ya atau tidak. bahagian B kena jawab ya kalO kita suka apa yang dia cakap n jawab tidak kalO kita tak suka dengan apa yang die cakap tu. bahagian C jawab sangat tak setuju, tak setuju, setuju atau sangat setuju ngan pernyataan die. bahagian D jawab sangat tak tepat, tak tepat, tepat dengan diri saya atau sangat tepat dengan diri saya based On pernyataan yang die buat.

arini aku dapat 1 lagi benda baru. exam MUnSyI (Malaysian University SelectiOn InventOry). hasil daripada yang aku bace kat tenet ni exam ni adalah untk Orang yang nak masuk USM. tahun ni USM buat pemilihan student die sendiri. Ooo…aku ingatkan ape. ishh, yang RLKA tu cane? aku tak paham lagi cane nak apply RLKA tu.

mm…23hb ni aku de intebiu spa. Alhamdulillah la dapat panggilan. ni aku still blur2 tak tau nak study ape. dah la isu semasa tak bape tau. barisan kabinet pOn aku tak hafal. heheheee… tak bOleh jadi ni. mesti kena study. ya Allah ya Tuhanku, Engkau permudahkanlah jalanku ya Allah. Engkau murahkanlah rezeki hambaMu ini. hanya kepadaMu hamba memOhOn. Aminnn…

semOga aku berjaya hendaknya dalam interview nanti. aku ni dah la unemplOyed. kOmpeni aku ni cam men tarik tali je ngan aku. kOnfius aku. pening2… kan senang kalO diOrang terus terang je kalO tak nak aku keje ngan diOrang. ni bile tanya status aku ape katenye ‘awak kan cuti tanpa gaji.’ sampai bile la aku nak cuti tanpa gaji. dah aku kate aku bOleh kerja diOrang cam tak nak bagi aku balik kerja lak. what’s the pOint la aku ‘kerja’ tapi ‘cuti tanpa gaji.’ semOga minggu depan ni setel la masalah aku ngan kOmpeni aku ni.