ChentaQasehDia

Daisypath Anniversary tickers

Adli lOves susu Ibu

Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, May 10, 2009

Tuntutan PerkesO/ sOcsO

lepas aku eksiden tahun lepas, banyak perkara aku belajar. salah satunya ialah mengenai peranan perkesO. senang nak berurusan dengan perkesO ni tapi yang buatkan prOsedur tuntutan jadik leceh dan lambat adalah kOmpeni (lambat hantar bOrang) dan hOspital (tempOh carian rekOd lama).

bila berlakunya kemalangan terhadap staf, HR kOmpeni atau staf tu sendiri perlu isi bOrang untuk buat tuntukan perkesO peringkat pertama/ claim mc/ tuntutan hilang upaya sementara. antara dOkumen yang perlu disertakan ialah peta lakar tempat kejadian, salinan punch card dan sijil mc. kalau semua dOkumen lengkap, prOses tuntutan akan selesai dalam masa seminggu selepas bOrang tuntutan dihantar ke pejabat perkesO. dalam kes aku, cek dihantar ke rumah tapi hanya bOleh ditunaikan di mana2 cawangan Maybank di Kuala Lumpur sahaja.

selesai tuntutan pertama, jika ada berlaku kecacatan kekal, bOleh la hantar bOrang tuntutan kedua untuk tuntutan kecacatan kekal. salinan rekOd perubatan perlu dibeli daripada hOspital. resit bayaran pembelian perlu disimpan sebab nanti bOleh di claim balik dengan perkesO. tuntutan ni perlu dibuat dalam tempOh 12 bulan dari tarikh mc terakhir. jika dibuat selepas tempOh 12 bulan, maka tuntutan tidak akan dilayan.

tensiOn aku.. kat serdang, kalO kita beli rekOd perubatan, tempOh masa yang diperlukan adalah tak lebih 1 bulan tapi kat hOspital sultanah nur zahirah lak makan masa sampai 56 hari. lembap betul. nak mintak cOp pengesahan mc pOn same. perlukan 56 hari. kalau fail aku tak aktif, aku faham la tempOh carian rekOd tu lama tapi fail aku masih lagi aktif. aku still dalam fOllOw up kat klinik harian. mm...sabar jela.

1 comment:

  1. Sori..nk bertanya..sy baru lagi eksiden..awal bulan 2 yang lepas..skrg nie bari leh berjalan keluar..sebab tulang peha kaki kiri patah dan juga kepala lutut juga retak..selain tu tangan kanan patah dan satu batang gigi depan patah..adoi..geram la gak..tp skrg nie sy masih lagi x selesaikan pasl socso nie..sbb report dari hospital dan report polis baru jer siap..n satu lagi pasal map kemalangan tu baru jer tanya ngan kawan sbb sy s ingat masa kejadian tu dimana dan dia pun eksiden gak tp x serius..so nk tanya..kalo nk claim berapa lama kena buat selepas kemalangan belaku..? pastu nk tanya..kalo setiap bahagian yg angota badan cedera mcm mana dia claim..ada dpt info x..?

    ReplyDelete